MENU
 
Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak
Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak
Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak Tindakan Perobohan Di Kampung Simpang Tiga Gombak

Akibat ingkar terhadap amaran dan notis yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang pada 17 Ogos 2023 yang lalu, pemilik sebuah struktur bangunan kedai perniagaan tanpa kelulusan berdepan dengan tindakan perobohan di Jalan Gombak, Batu 6 3/4, Kampung Simpang Tiga Gombak.

Sehubungan itu, satu Operasi Bersepadu bagi perobohan struktur tersebut telah dilaksanakan pada 5 September 2023 atas kesalahan membina struktur bangunan di atas tanah rizab kerajaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133). Selain itu, tindakan ini juga berdasarkan aduan yang diterima di Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) dan penduduk di kawasan sekitar.

Operasi Bersepadu yang diketuai oleh Encik Azman Hisyam bin Kamarudin dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan MPS telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan melibatkan seramai 29 orang dari jabatan dalaman MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak serta Polis Diraja Malaysia. Operasi Bersepadu ini telah tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi daripada pemilik struktur bangunan dan orang awam.

MPS mengingatkan semua pemilik struktur bangunan untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak MPS terlebih dahulu sebelum perancangan untuk mendirikan apa-apa struktur bangunan dijalankan supaya ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang di bawah kawasan pentadbiran MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama