MENU
 
Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam Diarah Tutup Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam Diarah Tutup Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam Diarah Tutup
Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam Diarah Tutup   Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam Diarah Tutup

Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pemilik Premis Kilang Sembelihan dan Memproses Ayam di Taman Selayang Utama pada 24 Ogos 2023 telah menyebabkan longkang di kawasan persekitaran kotor, tersumbat dan berbau busuk. Tambah menjijikkan, sisa ayam seperti bulu ayam, isi dalam ayam dan juga darah ayam telah masuk ke saliran Indah Water Konsortium (IWK) sehingga menyebabkan longkang tersumbat.

Tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan & Establisyment Makanan 2007 iaitu penutupan serta-merta selama 14 hari atau sehingga premis dibersihkan secara menyeluruh kepada pemilik premis telah dikenakan susulan daripada siasatan oleh Unit Kawalan Mutu Makanan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS serta aduan daripada portal SISPAA-MPS. Pemilik premis juga dikenakan tindakan kompaun di bawah Sek 19(1)d UUK E. Makanan MPS 2007 berjumlah RM500 iaitu pelepasan effluen seperti darah dan bulu ayam terus ke dalam longkang.

MPS akan terus membuat pemantauan secara serius dan pemilik premis perniagaan adalah diarahkan untuk mengikut spesifikasi, mematuhi garis panduan dan arahan yang telah ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang berkenaan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor