- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
Bagi menerapkan nilai integriti dalam kalangan kakitangan, MPS meneruskan Siri Program Pengukuhan Integriti 2023 dengan menganjurkan Taklimat Kesedaran Pengurusan Wang Peribadi dalam Kalangan Kakitangan MPS bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 11 Julai 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Hidayah binti Shafiee, Pegawai Kanan, Jabatan Khidmat Nasihat Kewangan dan Kelestarian Pelanggan AKPK Cawangan Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS.
Perkongsian tersebut memberi pengetahuan dan panduan berkenaan perancangan kewangan yang teratur dan konsisten demi meneruskan kelangsungan kehidupan dalam memenuhi keperluan serta kehendak. Taklimat ini merupakan inisiatif MPS bersama AKPK untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada kakitangan MPS terutamanya dalam menangani masalah berkaitan pengendalian pengurusan kewangan serta pendedahan kemahiran untuk menguruskan kewangan peribadi masing-masing.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor