- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS telah menerima kunjungan Kerajaan Negeri Perlis bagi Lawatan Penanda Aras Gombak-Hulu Langat Geopark pada 11 Julai 2023. Lawatan ini bertujuan untuk membantu memperkukuhkan persediaan pihak Kerajaan Negeri Perlis dalam menjalani sesi penilaian kebangsaan yang akan diadakan pada September 2023 dengan penuh kecemerlangan.
Mereka telah dibawa melawat Galeri Batu Arang, Tapak Lombong Arang Batu, Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Gua Ekstrem Wira Damai dan Gua Batu Caves yang telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-7 di bawah Program Pembangunan Geopark Malaysia.
MPS mengucapkan selamat maju jaya kepada Kerajaan Negeri Perlis untuk menghadapi sesi penilaian kebangsaan akan datang dan seterusnya menjadi ahli baru di dalam Keluarga Geopark Kebangsaan di Malaysia.
YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, YB Exco Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Perlis telah mengetuai lawatan. Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS; Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor merangkap Pengerusi GHLGp; Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan; ketua-Ketua dan wakil-wakil dari Jabatan Negeri Selangor.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor