MENU
 
Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023 Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023 Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023
Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023   Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023

Majlis penyampaian hadiah Program Gaya Hidup Sihat bagi Kakitangan MPS Tahun 2022 dan sumbangan Dermasiswa SPM Tahun 2022 telah diadakan pada Majlis Perhimpunan Bulan Jun 2023 Peringkat MPS. Majlis ini telah diadakan pada 27 Jun 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Seramai 5 orang anak-anak ahli ANULAE yang cemerlang dalam SPM 2022 telah menerima sumbangan dermasiswa daripada pihak ANULAE MPS, manakala bagi Program Gaya Hidup Sihat MPS 2022 anjuran MBJ MPS, 3 peserta terbaik dengan penurunan berat badan terbanyak turut menerima ganjaran wang tunai.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS diiringi oleh Encik Mohd Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat; Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS dan Encik Mohd Hattamizi bin Ahmad Tajuddin, Pengerusi MBJ MPS.

Majlis perhimpunan kali ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPS, para pengarah jabatan serta kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor