MENU
 
Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023 Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023 Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023

Majlis Penutup Program Pengukuhan Integriti Tahun 2023 Bagi Taklimat Tanggungjawab Penguatkuasaan Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah dirasmikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS pada 31 Mac 2023 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang tanggungjawab sebagai anggota penguatkuasa yang berintegriti dalam menjalankan tugas serta memberi pendidikan dan pembudayaan supaya mempunyai nilai-nilai integriti dan tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nura Ashikin binti Mior Muhamad Sharudin, Pegawai Undang-Undang (Bahagian Operasi) EAIC. Turut hadir ke taklimat tersebut Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Penguatkuasa & Keselamatan MPS dan Encik Rozaihan bin Ramli Ketua Unit Integriti MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor