- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Misi Penyerahan Sumbangan kepada petugas tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah diadakan pada 21 Disember 2022 (Rabu). Misi ini telah diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Timbalan YDP MPS dan Ahli Majlis.
Team MPS telah disambut oleh YM Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Tuan Alawuddin bin Zakaria, Timbalan YDP MPHS.
Sumbangan bernilai RM5,000.00 yang berupa 24 kotak air mineral, 30 kotak minuman tenaga, 200 pek roti dan 160 kotak makanan ringan telah diedarkan kepada para petugas yang terlibat.
Semoga sumbangan daripada MPS ini dapat meringankan beban dan secara tidak langsung dapat menaikkan semangat para petugas dalam usaha mereka mencari mangsa tragedi.
Seluruh warga MPS turut menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#KitaSelangor