MENU
 
Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok
Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok
Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok Program Tanam 25 Ribu Pokok

Program Tanam 25 Ribu Pokok sempena Sambutan 25 Tahun Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan secara serentak di 24 Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPS selain melibatkan pihak pemaju, agensi kerajaan, swasta, sekolah dan sukarelawan. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAD Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr) Haji Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak pada 17 Disember 2022 bertempat di Central Park, Gamuda Gardens. 

Program ini merupakan usaha MPS menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi menanam 26 juta pokok di Negeri Selangor menjelang tahun 2026. 

Pelbagai aktiviti sampingan lain turut diadakan kepada pengunjung yang hadir ke Central Park, Gamuda Gardens seperti sukaneka dan sukan rakyat. 

MPS berharap usaha ini dapat menghasilkan suasana kelestarian, kehijauan, keindahan dan keselesaan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran 
#kitaselangor