- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
MPS dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah menganjurkan Program Komuniti Pendidikan pada 26 November 2022 bertempat di Dewan Wadi Budi UIAM.
Program yang melibatkan 208 pelajar yang terdiri daripada 26 buah sekolah menengah dibawah pentadbiran MPS ini merupakan program bagi memberi motivasi dan kefahaman kepada para pelajar berkenaan hala tuju selepas tamat persekolahan.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Azh’ar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS. Turut hadir sama YBrs. Encik Mohd Salmee bin Mohd Sari, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Hal Ehwal Pelajar UIAM , YBrs. Professor Dr. Wan Rusli bin Wan Ahmad, Timbalan Dekan, Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Masyarakat Kuliyyah Pendidikan UIAM, YBrs. Puan Maizatul Hasniah binti Hasan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPD Gombak, YBrs. En Affendei Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan YBrs. Encik Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat MPS.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor