- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar (RKK) Batu Arang 2030 telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor pada 21 Oktober 2022 bertempat di Galeri Batu Arang.
Sebanyak 49 projek dicadang dibangunkan melalui RKK Bandar Batu Arang 2030 berupa tindakan iaitu sebanyak 11 projek berimpak tinggi, 21 projek sokongan dan 17 projek quick win. Projek-projek ini merupakan projek yang strategik serta memberi impak jangka panjang kepada pembentukan dan pertumbuhan ekonomi di daerah Gombak.
Orang awam boleh memberi cadangan dan idea mulai 21 Oktober hingga 21 November 2022 bagi menjayakan Draf RKK ini melalui pameran di Balai MPKK Bandar Batu Arang; Tingkat 16, Pejabat PlanMalaysia@Selangor dan Lobi Menara MPS.
Turut sama hadir adalah Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor; YBrs. Tuan Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; YBrs. Tuan TPr. Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah PlanMalaysia, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia; YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Gombak; wakil-wakil jabatan kerajaan dan agensi; Ahli-ahli Majlis MPS; wakil penduduk dan barisan pengurusan MPS.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor