MENU
 
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MPS 1444H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat MPS 1444H anjuran ANULAE MPS dengan kerjasama KSDK MPS telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Lobi Menara MPS.

Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Cheremi bin Haji Tarman, Timbalan YDP MPS. Turut hadir bersama Ahli-Ahli Majlis, Puan Ruzani binti Sohot selaku Pengerusi ANULAE cawangan MPS, pengarah jabatan dan warga kerja MPS. 

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Itayah dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS yang merupakan Juara Battle of Nasyeedian MPS.

Majlis Bicara Ilmu kali ini bersama penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Che Amran bin Md Yusoff bertajuk ‘Kekasih Kiriman Tuhan’.

Majlis diakhiri dengan alunan qasidah dan selawat nabi yang dipimpin oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Watarbiyah, Kuang, Selangor. 

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor