MENU
 
Operasi Membanteras Penjaja Warga Asing Operasi Membanteras Penjaja Warga Asing Operasi Membanteras Penjaja Warga Asing

MPS telah menjalankan operasi membanteras penjaja warga asing pada 28 September 2022 di sekitar Pasar Borong Selayang.  

Pada operasi ini, sebanyak 35 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran dan 5 bakul buah-buahan milik penjaja warga asing telah disita di bawah Seksyen 46(1)d, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletak dan menyebabkan halangan barang-barang perniagaan di tempat awam.

MPS akan terus membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa dalam menangani isu peniaga warga asing ini.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor