MENU
 
Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS
Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS Sambutan Hari Wanita Peringkat MPS

Sambutan Hari Wanita peringkat MPS telah diadakan pada 23 September 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS. 

Sambutan yang dianjurkan oleh Biro Wanita Anulae Cawangan MPS dan Biro Wanita Kelab Sukan dan Kebajikan MPS ini melibatkan semua warga wanita MPS dan telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Puan Ainulma binti Ab. Ghani, Isteri kepada Yang Dipertua MPS. 

Polis Diraja Malaysia juga turut menyampaikan taklimat bertajuk 'Keselamatan Wanita dan Cabaran Masa Kini' oleh Puan Inspektor Zanariah binti Ismail, dari Ibu Pejabat Daerah Gombak sempena sambutan tahun ini.

Selain itu, turut diadakan pertandingan memasak jemput-jemput, pertandingan pakaian beragam dengan bertemakan Bollywood, cabutan bertuah serta pertandingan karaoke. 

@anulaemps
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor