MENU
 
Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Hari Malaysia Peringkat MPS Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Hari Malaysia Peringkat MPS Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Hari Malaysia Peringkat MPS

MPS telah mengadakan perhimpunan Bulanan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat MPS hari ini di Lobi Menara MPS.  Antara pengisian majlis ini adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua-ketua Komandan MPS yang terlibat dalam misi banjir di beberapa tempat tempoh hari.
 
Selain itu, turut diadakan penyerahan sijil Pencapaian Tahap Cemerlang Penilaian EKSA kepada fasilitator EKSA MPS dan piala serta pingat kemenangan kepada pasukan Ping Pong MPS atas kejuaraan menjuarai pertandingan sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2022. Pemberian dermasiswa kepada anak-anak kakitangan MPS yang memperoleh kejayaan dalam peperiksaan SPM 2021 dan serahan bendera kepada 24 orang Ahli Majlis MPS serta Haji Azhar bin Samsuri selaku wakil kakitangan MPS sebagai simbolik bagi Kempen Kibar Jalur Gemilang turut diadakan.

ANULAE cawangan MPS juga mengadakan acara memotong pulut kuning sebagai tanda meraikan ulang tahun yang ke-7 mereka. Pada akhir majlis ini, semua hadiran bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera dan sesi fotografi. 

Hadir sama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS merangkap Pengerusi ANULAE Semenanjung Malaysia, barisan Ahli-ahli Majlis MPS, para pengarah jabatan MPS serta kakitangan MPS. 

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor