MENU
 
Program Kibarkan Jalur Gemilang Bersama JKP Zon 14 MPS Program Kibarkan Jalur Gemilang Bersama JKP Zon 14 MPS
Program Kibarkan Jalur Gemilang Bersama JKP Zon 14 MPS Program Kibarkan Jalur Gemilang Bersama JKP Zon 14 MPS

Bersempena bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia, Tuan Sulaiman Abu Samah, Ahli Majlis MPS, bersama JKP Zon 14 MPS dengan kerjasama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Bersatu B telah menganjurkan Program Kibarkan Jalur Gemilang pada 14 Ogos 2022, Ahad bertempat di Dataran  Tasik Taman Bersatu bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

Program yang dihadiri kira-kira 200 orang penduduk ini telah dirasmikan oleh YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang. Turut Hadir pada program ini ialah YB Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang, Ketua- ketua kampung serta
Pengerusi KRT dan JMB kawasan perumahan sekitar JKP Zon 14 MPS. 

Antara pengisian program ialah penyerahan 30 helai Jalur Gemilang kepada semua wakil taman dan kampung dalam JKP Zon 14, pertandingan olahraga dan sukaneka serta nyanyian lagu kebangsaan dan Jalur Gemilang. 

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor