MENU
 
Program Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Gombak Program Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Gombak Program Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Gombak

Program Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Gombak   Program Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Gombak

Program Jelajah Selangor Penyayang peringkat Daerah Gombak yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves telah melabuhkan tirainya semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 8,000 orang pengunjung.

Dengan bertemakan ‘Pendidikan Holistik, Generasi Muda Dinamik’, majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. 

Siri jelajah kali kelima ini disusun semula daripada Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) supaya seluruh penduduk di sekitar Daerah Gombak memperoleh manfaat yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Pelbagai aktiviti telah disediakan buat pengunjung, antaranya program bual bicara bersama Puspanita dan PEKAWANIS, pertandingan gusti lengan, futsal dan sukan rakyat, permainan dalam talian Mobile Legends, pertandingan Choral Speaking untuk pelajar sekolah selain pameran dan jualan makanan.

Turut dilaksanakan, program Selangor Saring bagi mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Program jelajah kali ini turut diserikan dengan persembahan oleh artis jemputan iaitu Aweera bersama artis-artis vokalis dari kumpulan rock era 90-an antaranya Shafie Rio, Wom UG14, Aan Ways dan Ejay Samudera.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor