- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program Platform Selangor (PLATS) bersama Rakan Digital Selangor dengan kerjasama MPS telah diadakan bersekali pada Program Jelajah Selangor Penyayang pada 31 Julai 2022 bertempat di Padang Awam Batu Caves.
Inisiatif kerajaan Negeri memberikan langganan internet percuma selama setahun kepada peniaga ini merupakan salah satu bantuan kepada peniaga bagi meluaskan lagi perniagaan mereka secara dalam talian.
Seramai 20 peniaga di Laman Santai Selebriti telah menerima manfaat program Data Internet Selangor dan pelekat Platform Selangor pada program yang telah disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana Muhammad, Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor.
Turut hadir pada program ini adalah Puan Hajah Norita binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Puan Nor Azlina binti Abd Aziz, Pegawai Daerah Gombak, Tuan YDP , Tuan TYDP, Tuan Mohamad Faizal bin Ismail, Ahli Majlis MPS dan pengarah jabatan.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor