- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS bersama Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor telah menjalankan operasi bersepadu bagi membanteras peniaga warga asing pada 20 Julai 2022 di kawasan Matang Pagar dan Jalan Kusta, Sungai Buloh.
Seramai 80 orang anggota telah terlibat dalam operasi ini dan MPS telah mengeluarkan sebanyak 12 kompaun dan 3 sitaan atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 7 Iklan 2007, Seksyen 74, Seksyen 3(1) Establisymen makan (MPS) 2007, UUK 3 Penjaja, Seksyen 3 Tred, UUK 3(1) dan UUK 3 Pusat Siber (MPS) 2007.
MPS juga telah merampas minuman keras dan rokok seludup serta membuat serbuan kali ke dua ke atas pusat siber yang menjalankan aktiviti secara haram. 7 buah premis juga telah diarah tutup atas kesalahan tidak mematuhi syarat lesen.
Dalam operasi yang sama, Jabatan Imigresen juga berjaya menahan 21 orang warga asing dan telah dibawa ke depoh tahanan.
KPDNHEP telah mengambil tindakan menyita 1 unit alat timbang elektronik di bawah kesalahan Akta Timbang Dan Sukat 1972 dan juga tindakan kompauan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
MPS akan terus membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa dalam menangani isu perniagaan secara haram ini.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor