MENU
 
Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran
Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran
Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran Satu Jam Bersama Al-Quran

MPS turut menganjurkan program ‘Satu Jam bersama Al-Quran’ bersempena dengan Program World #QuranHour 2022 yang telah berlangsung secara serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1443H bersamaan hari Selasa, 26 April 2022 bermula jam 12.30 tengahari hingga 1.30 petang. Program ini telah diadakan bertempat di Surau Menara MPS dengan disertai oleh Tuan YDP MPS, pengarah jabatan dan kakitangan MPS. 

Dengan bertemakan “berinteraksi dengan Al-Quran : Dunia Berbudi dan Penyayang”, Program World #QuranHour yang disambut kali ke-7 ini membawa misi Surah As-Sajdah sebagai surah utama bagi mengajak orang ramai untuk berinteraksi dengan al-Quran khususnya surah Al-Sajdah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian sambil menghayati erti sebenar bersujud dengan penuh keyakinan kepada ALLAH SWT yang dapat membuang sifat ego atau sombong untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Satu sesi tazkirah berkaitan Surah Al-Sajdah juga telah disampaikan oleh En. Mohamad Faiz bin Omar dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPS. 

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#QuranHour
#kitaselangor