MENU
 
Program We Love Cat Program We Love Cat Program We Love Cat
Program We Love Cat Program We Love Cat Program We Love Cat
Program We Love Cat Program We Love Cat Program We Love Cat

Majlis Perbandaran Selayang pada 22 April 2022 buat julung kalinya telah menganjurkan program “Kucing Angkat – We Love Cat” yang berobjektif untuk mencari rumah baharu buat kucing-kucing terbiar yang ditangkap oleh pihak MPS. 

Pada program ini sebanyak 50 ekor kucing dari pelbagai baka telah ditawarkan untuk dipelihara oleh orang ramai yang berminat dan sebanyak 13 kucing berjaya bertemu penjaga baharu.

MPS juga amat berbesar hati atas sokongan dan lawatan dari Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Encik Arie Dwi Andika. Selain memberi sokongan promosi, Persatuan Haiwan Malaysia juga telah memberi maklumbalas positif, tips-tips penjagaan kucing serta beberapa cadangan tentang bagaimana penganjuran program kucing angkat ini dapat ditambahbaik. 

Pihak MPS akan terus mengadakan program-program sebegini selain berkerjasama dengan pihak NGO dan juga pemimpin setempat untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kebajikan dan mendidik masyarakat tentang haiwan jalanan.

Pengunjung yang tidak berpeluang untuk hadir pada program yang diadakan hari ini tetapi berminat untuk mengambil kucing yang ditawarkan, boleh menghubungi Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS di talian 03-61266024 / 6080 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#KitaSelangor