MENU
 

Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS dan KDEB Cawangan Selayang telah berlangsung pada 28 Januari 2022 bertempat di Stadium MPS.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh Tuan YDP MPS, Tuan Timbalan YDP MPS, Tuan Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB, Encik Mohd Idris bin Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEB, Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah JPSPK MPS dan Encik Muhammad Fauzi bin Ibrahim, Ketua Operasi KDEB Cawangan Selayang. 

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan hubungan dalam melaksanakan tugasan terutama dalam pemantauan kerja kutipan dan pembersihan awam.

KDEB Waste Management
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran 
#kitajagakita
#kitaselangor