- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS telah membuka tirai sambutan 25 tahun pada 27 Januari 2022 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.
Majlis telah disertai oleh pihak pengurusan MPS bersama-sama para Penyelaras DUN, ahli majlis, wakil komuniti, wakil-wakil jabatan dan agensi Gombak dan para kariah masjid. Turut hadir sama adalah mantan Yang Dipertua iaitu Dato' Haji Bakarudin dan Tuan Hj Shamsul Shahril Badliza.
Acara telah dimulakan dengan Solat Maghrib pada jam 7.27 malam dan diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Jamek Al-Amaniah. Di akhir majlis telah diadakan penyampaian sumbangan oleh MPS kepada pihak masjid.
Kakitangan MPS juga turut berkesempatan mengikuti majlis ini secara dalam talian menerusi Live Facebook MPS.