MENU
 

MPS akan mengenakan tindakan kepada pesalah yang didapati melakukan pembuangan sampah secara haram dan pembakaran terbuka di Taman Raintree, Batu Caves.

Hasil dari bukti rakaman CCTV pada 9 Januari 2022 yang diletakkan di kawasan hotspot ini, seorang individu telah pun dikenalpasti melakukan perbuatan ini.   

Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan kacau ganggu dari segi kebersihan dan juga asap pembakaran yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pesalah akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Akta UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.

MPS ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan seperti ini dan melaporkan kepada MPS jika melihat kejadian pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di kawasan masing-masing. 

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga