- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Misi bantuan pasca banjir anjuran JKP Zon 6 MPS bersama JK Tetap Wanita Zon 6, PeBS Induk, DUN Sungai Tua, DUN Gombak Setia dan para pelajar UIA Gombak telah diadakan pada 29 Disember 2021 di dua buah lokasi yang terjejas akibat banjir iaitu di Kampung Bukit Lanchong, Subang Jaya dan Kuala Langat.
Menerusi misi bantuan ini, para sukarelawan yang terlibat telah membantu melaksanakan kerja pembersihan di kawasan rumah panjang di Kampung Bukit Lanchong dan kerja pembersihan serta mengecat kelas pra-sekolah di SK Labuhan Dagang , Kuala Langat. Selain itu, sukarelawan turut menyantuni kaum wanita dan kanak kanak dengan mengedarkan sumbangan makanan kepada keluarga yang terkesan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Landskap dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS yang telah turut membantu menjayakan misi bantuan ini. Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah ini.
@amirudinshari
@mediaselangor
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorbangkit