MENU
 

Jawatankuasa Tetap Wanita JKP Zon 6 MPS telah mengadakan Program Misi Bantuan Banjir pada 24 Disember 2021 dengan mengagihkan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan bencana yang terdiri daripada anggota penguatkuasa MPS,para petugas serta sukarelawan di PPS Sg Chincin, PPS Batu 11 Gombak, kawasan tanah Runtuh Flat Teratai dan kakitangan Balai Bomba Selayang.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dan menghulurkan bantuan sepanjang menghadapi bencana luar jangka ini.

@amirudinshari
@mediaselangor
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorbangkit