MENU
 

Misi bantuan kerja pembersihan pasca banjir MPS diteruskan di Kampung Lanchong, Subang Jaya. 

Pada hari ini, seramai 103 orang sukarelawan MPS bersama-sama pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya meneruskan kerja-kerja pembersihan di kediaman yang terkesan akibat banjir di Lorong Haruan 1 dan 2, Kampung Lanchong. 

MPS turut menghantar 22 buah jentera pelbagai yang terdiri daripada sebuah lori tangki air pembersihan, sebuah lori 5 tan, 3 buah lori roro, 2 buah lori tunda, 3 buah van dan 12 buah kenderaan pacuan 4 roda bagi membantu kerja-kerja pembersihan. 

Diharapkan bantuan kecil MPS ini dapat mengurangkan beban mangsa yang terkesan akibat bencana luar jangka ini.

Amirudin Shari
Majlis Bandaraya Subang Jaya
Media Selangor
MALA "Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia"

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorbangkit