MENU
 

Tuan Mohd Yazid Sairi, YDP MPS pada  hari ini telah membuat pelepasan kepada 72 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MPS dari pelbagai jabatan serta 13 buah jentera pelbagai jenis untuk membantu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam melaksanakan kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir di Shah Alam. 

Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelwan yang terlibat dan mengingatkan mereka untuk menjalankan kerja-kerja  dengan penuh dedikasi dan menjaga nama baik MPS.

Pihak MPS berharap bantuan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda.

Amirudin Shari
Majlis Bandaraya Shah Alam
Media Selangor

#SelayangkuSayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#KitaSelangor