- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS terus menyemarakkan budaya inovasi dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya menerusi Sambutan Hari Inovasi dan Integriti MPS 2021 yang diadakan pada 13 dan 14 Disember 2021.
Majlis sambutan telah diadakan pada 13 Disember 2021 bersama-sama Perhimpunan Bulan Disember 2021 secara hibrid iaitu dengan kehadiran fizikal yang terhad di Bilik Keraian, Menara MPS dan turut disiarkan secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM dan laman Facebook Rasmi MPS. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman,Timbalan YDP mewakili Tuan YDP MPS.
Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CEUPACS merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan para pengarah jabatan. Ahli Majlis turut mengikuti majlis ini secara dalam talian bersama-sama warga kerja MPS.
Beberapa acara telah diadakan pada majlis ini, antaranya bacaan ikrar Perkhidmatan Awam, penyampaian Anugerah Reward YDP MPS 2020 dan pengktirafan pencapaian sepanjang tahun 2021 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat.
Bagi merangsang pemikiran yang kreatif dan menerapkan nilai integriti yang ampuh, sambutan Hari Inovasi dan Integriti MPS 2021 ini turut disusuli dengan pelbagai pengisian, antaranya Sesi Penjawat Awam bersama Presiden CEUPACS, Ceramah Pencegahan Jenayah Jalanan oleh Encik Shamir A/l Rajadurai, Pakar Pencegahan Jenayah daripada International CPTED Association Malaysia dan Ceramah Motivasi dan Integriti bersama YBhg. Dato’ Abdul Rashid bin Rahman, Bekas Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah.
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor