- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Program Advokasi Kesedaran Penderaan Dan Gangguan Seksual Kanak-Kanak Peringkat Majlis Perbandaran Selayang 2021 telah diadakan secara dalam talian dan dirasmikan oleh Tuan Mohd Yazid Bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Program ini merupakan kerjasama MPS dan Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME).
Turut bersama dalam program ini adalah YB Senator Puan Fadhlina Siddiq, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Presiden NGO FAME, Ahli Majlis, pengarah jabatan MPS dan para peserta.
Program yang diadakan melalui 6 siri ini bermula hari ini, esok dan 18 Disember 2021 dengan melibatkan seramai 40 orang peserta kanak-kanak perempuan berumur 11 hingga 12 tahun bagi setiap siri daripada 24 zon JKP MPS.
Program Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan menangani isu-isu gangguan dan penderaan seksual serta pengabaian terhadap mereka.
#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitaselangor