MENU
 

MPS telah mengadakan Program Taklimat Sesi Mudah Cara Permohonan Pemutihan Tahfiz di Majlis Perbandaran Selayang bersama pemilik-pemilik pusat tahfiz sekitar MPS  pada 25 November 2021 secara dalam talian.

 Perasmian program telah disempurnakan oleh TYDP MPS, Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman yang dihadiri lebih 100 orang peserta mewakili 54 pusat tahfiz di seluruh pentadbiran MPS. 

Pada program ini, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Puan TPr. Noriza binti Bahari telah menyampaikan taklimat tentang tatacara permohonan untuk proses pemutihan dari segi kebenaran merancang selain mengadakan sesi soal jawab bersama pemilik tahfiz dan jabatan dan agensi yang berkaitan.

Turut hadir sama pada program taklimat ini adalah wakil-wakil jabatan dalaman MPS, ahli-ahli majlis MPS, wakil daripada PTD Gombak, PLANMalaysia, Malaysia Institute of Planners (MIP), JAIS, PAID Gombak, Persatuan Instutusi Tahfiz Negeri Selangor dan JPBM Cawangan Rawang.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorgempurcovid19