MENU
 

Pasukan Audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah hadir bagi Audit Pemantauan ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2013 pada 22 hingga 24 November 2021.

Lawatan audit ini adalah untuk menilai dan memantau pelaksanaan bagi dua sistem pengurusan yang ada di MPS iaitu, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan juga Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (SPKM).

Seramai enam orang auditor SIRIM telah hadir membuat pengauditan tersebut dan Yang Dipertua MPS telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Kombinasi Audit Pemantauan SIRIM pada 24 November 2021.

Secara keseluruhannya, MPS telah mendapat maklumbalas yang baik daripada SIRIM ke atas sistem pengurusan yang telah dilaksanakan dengan beberapa cadangan penambahbaikan. 

MPS positif dan mengambil maklum terhadap segala maklumbalas yang diberikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan mutu penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan MPS.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor