- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MPS pada hari ini telah mengadakan acara pelepasan Konvoi Serahan Sumbangan sempena Program Masih Ada Yang Sayang Tahun 2021 di Perkarangan Lobi Menara MPS.
Menerusi program ini, MPS telah menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500 dan barangan keperluan kepada setiap 10 buah pusat jagaan dan rumah anak yatim, warga emas dan OKU di 9 DUN di bawah pentadbiran MPS.
Konvoi ini melibatkan 7 buah kenderaan jabatan dan diketuai oleh Tuan YDP MPS bersama Tuan TYDP MPS.Acara pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS bersama Encik Mohd Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat MPS.
Tuan YDP, Tuan TYDP bersama Ahli Majlis Zon 7 MPS diiringi Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membuat serahan sumbangan kepada Encik Henry Sandanam, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak, Batu Caves. Pada masa yang sama, penyerahan sumbangan kepada 9 buah pusat jagaan yang lain telah disempurnakan oleh Ahli-Ahli Majlis kawasan bersama kakitangan MPS.
MPS berharap penyerahan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membantu daripada aspek kebajikan para penghuni pusat jagaan anak yatim, warga emas dan OKU terutamanya ketika menghadapi endemiK COVID-19.
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor