MENU
 

MPS pada hari ini telah turut menyertai Persidangan Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021 (SIBS) yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 18 hingga 21 November 2021.

YAM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan merasmikan SIBS 2021 yang diadakan secara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan juga secara maya.

Persidangan anjuran Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Invest Selangor Berhad ini bertujuan untuk  membuka peluang kepada pemain industri tempatan dan antarabangsa bersidang untuk meneroka potensi pasaran ASEAN.

Booth pameran MPS telah mempamerkan informasi -informasi berkaitan pembangunan dan kawasan industri yang ditawarkan serta industri pelancongan di kawasan pentadbiran MPS. 

MPS juga turut menyertai pameran berkaitan Inovasi dengan menampilkan projek (My Auger-All In One) oleh Kumpulan Smart Scape dari Jabatan Landskap. 

Amirudin Shari
Selangor International Business Summit
#sibs2021 
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor