MENU
 
Hari Bertemu Pelanggan Hari Bertemu Pelanggan
Hari Bertemu Pelanggan Hari Bertemu Pelanggan

HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP) SECARA MAYA MPS

MPS telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara maya menerusi aplikasi Zoom Meeting pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Hari Bertemu Pelanggan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan sebarang cadangan, aduan atau pertanyaan mengenai perkhidmatan secara terus kepada pihak pengurusan MPS.

Orang ramai yang tidak berpeluang menyertai program HBP ini boleh menghantar aduan atau cadangan melalui sistem e-Aduan MPS di www.mps.gov.my atau muat turun aplikasi Aduan MPS di apps store dan google playstore. 

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#kitaselangor