MENU
 
Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN Bersama PDRM Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN Bersama PDRM Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN Bersama PDRM

Sekitar pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pemantauan SOP PPN oleh pihak MPS bersama PDRM di 11 buah premis di sekitar Zon Kepong, Gombak Selayang dan Rawang sepanjang minggu terakhir Oktober 2021. 

Hasil pemeriksaan, sebanyak 6 buah premis telah dikenakan beberapa tindakan notis dan kompaun atas pelbagai kesalahan. 

Sebuah kedai menjual tayar di Jalan Gombak  telah dikenakan tindakan notis mengikut akta UUK 3, Menjalankan Perniagaan Tanpa Lesen dan UUK Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPS) 2007. Selain itu, sebuah bengkel kejuruteraan di kawasan Taman Sri Ehsan, Kepong telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mempunyai lesen, manakala sebuah kilang kejuruteraan di Batu 17 Rawang dikompaun atas kesalahan menyalurkan cecair minyak  ke longkang. 

Sebuah kilang makanan di Rawang Industrial Park juga telah diperiksa dan dikompaun atas kesalahan membuang sampah pukal sehingga menyebabkan halangan.

Pihak MPS akan terus melakukan tindakan penguatkuasaan demi memastikan syarat SOP PPN sentiasa dipatuhi. Semua pemilik premis dinasihatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19