- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Bagi pembaharuan lesen premis perniagaan untuk tahun 2022, pemegang lesen premis perniagaan kini boleh membuat pembayaran dan mencetak sendiri lesen perniagaan masing-masing dengan menggunakan MyMPS. Inisiatif MPS ini adalah untuk memudahkan proses pembaharuan lesen dibuat secara dalam talian di mana-mana sahaja tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal di kaunter.
Pemegang lesen premis perniagaan boleh mula mengemaskini maklumat masing-masing dengan melayari http://lesendigital.mps.gov.my dan seterusnya membuat pembayaran di mymps.mps.gov.my. Pembaharuan dan pembayaran perlu dibuat sebelum 31 Disember 2021 untuk mengelakkan caj fi proses lewat sebanyak 10% daripada jumlah aktiviti lesen dikenakan.
Untuk pemegang lesen minuman keras/arak, visual/billboard, Kilang Tanpa Kebenaran (KTK), rumah urut/ refleksologi, pusat siber/ kafe siber, hotel, barang lusuh dan kuari, proses bayaran boleh dibuat melalui MyMPS dan lesen perniagaan boleh diperolehi di Jabatan Pelesenan MPS.
Sebarang pertanyaan berkaitan pembaruan lesen, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-6126 5940-5941/5942/5943 atau layari www.mps.gov.my