MENU
 
Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN
Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Dan Pemantauan SOP PPN

MPS pada hari ini telah melaksanakan operasi penguatkuasaan dan operasi bersama PDRM untuk memantau pematuhan SOP di sekitar kawasan Selayang. 

Operasi pertama melibatkan tindakan penguatkuasaan berdasarkan kepada siasatan aduan awam terhadap sebuah premis di kawasan Prima Selayang. Premis ini telah dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan membuang kotak-kotak gabus mengisi ikan di lorong belakang premis berkenaan.

Selain itu, operasi pemantauan turut diadakan di sebuah kedai elektrik dan sebuah kedai pemborong makanan laut di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan, kedua-dua  premis tersebut didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah serta surat kebenaran oleh MITI. Pemeriksaan MySejahtera juga telah dibuat kepada setiap pekerja dan didapati tiada pelanggaran SOP.

Pihak MPS akan terus memberi kerjasama kepada PDRM untuk memastikan Syarat SOP PPN sentiasa dipatuhi. Semua pemilik premis dinasihatkan agar mematuhi segala syarat SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19