MENU
 
Kempen Kebersihan Persekitaran Kempen Kebersihan Persekitaran
Kempen Kebersihan Persekitaran Kempen Kebersihan Persekitaran
Kempen Kebersihan Persekitaran Kempen Kebersihan Persekitaran

Program gotong-royong kendiri bersempena Kempen Kebersihan Persekitaran Basmi Aedes Di Kawasan Wabak (Hotspot) Denggi di PBT yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2021

Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk yang tinggal di kawasan hotspot denggi untuk bersama-sama menjalankan gotong-royong kendiri membersihkan kawasan tempat tinggal masing-masing.

Bagi membantu para penduduk  menjalankan aktiviti gotong-royong kendiri di rumah masing-masing, pihak MPS telah mengedarkan  Kit Pencegahan Denggi, senarai semak pembersihan dan penyediaan tong roro di sekitar Taman Gombak bagi memudahkan penduduk untuk membuang barang-barang atau bekas-bekas yang tidak diperlukan di dalam rumah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Program yang diadakan pada 25 dan 26 September 2021 di Taman Gombak ini telah turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Usamah bin Zulkifli, Ahli Majlis Zon 3 bersama wakil daripada KPKT dan juga Puan Norhayati Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan. 

Bersama-sama kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes demi memastikan diri anda dan keluarga terhindar dari wabak Denggi.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#smartselayangmampan
#KitaSelangor
#kitajagakita
#TiadaAedesTiadaDenggi