- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SEBUAH KAFE DI KEPONG LANGGAR SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 2 SERTA SYARAT LESEN MPS DAN OPERASI SITAAN PENJAJA DI PETAK PARKIR SELAYANG JAYA
MPS telah membuat serbuan ke atas sebuah cafe di Desa Aman Puri, Kepong, pada 10 September 2021. Operasi besar-besaran yang dijalankan pada malam tadi diketuai oleh Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dan 75 orang anggota serta melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta 3 orang pegawai Pelesenan MPS.
Tindakan di bawah Undang-Undang Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian( MPS) 2007 dan Undang- Undang Kecil Establisment Makanan (MPS) 2007 telah diambil.
Semasa serbuan dijalankan, beberapa pengunjung dan pekerja kafe warga asing sempat melarikan diri sebelum anggota penguatkuasa MPS bersama JIM dapat menyekat laluan masuk di pintu belakang premis tersebut. Walaubagaimanpun, seramai 7 orang wanita warga asing telah ditahan oleh pihak JIM untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, MPS juga turut membuat tindakan sitaan kepada para penjaja di sekitar Selayang Jaya pada sebelah petang. Tindakan ini diambil berikutan aduan yang diterima yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kesulitan untuk orang ramai meletakkan kereta di petak pakir di kawasan komersil tersebut. Ketika pemeriksaan dijalankan, hanya 3 orang penjaja sahaja yang mempunyai permit manakala kebanyakannya tidak mempunyai permit yang sah dengan MPS.
MPS ingin mengingatkan bahawa pemantauan berterusan akan dilaksanakan dan tindakan tegas akan dikenakan kepada semua penjaja dalam memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan bersih dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, layari www mps.gov.my atau hubungi talian hotline MPS di 1 800 222 677.
#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#SelangorGempurCovid19