- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
RANGKUMAN PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN SOP BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
7 September 2021
MPS telah menjalankan pemantauan penguatkuasaan dan operasi pematuhan SOP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini di sekitar Prima Selayang, Batu Caves dan Rawang.
Hasil pemantauan, tindakan sitaan telah dikenakan ke atas barangan perniagaan milik 3 penjaja di Prima Selayang dan Batu Caves yang ditinggalkan sehingga menyebabkan halangan dan kacau ganggu selain masalah kebersihan dan bau busuk. Tindakan ini dibuat di bawah akta UUK 3 Undang-Undang Kecil Penjaja dan Seksyen 46 (1)d Akta Jalan, Parit dan Bangunan.
MPS turut melaksanakan pemantauan pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 bersama Polis Diraja Malaysia ke atas 2 buah premis di kawasan Perindustrian Rawang di mana hasil pemeriksaan, kedua-dua premis memiliki lesen perniagaan dan kelulusan MITI yang sah serta para pekerja mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.
MPS sekali lagi ingin mengingatkan semua penjaja agar memastikan mereka memiliki permit yang sah dan mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan. Penjaja juga perlu sentiasa memastikan kebersihan kawasan serta tidak meninggalkan barang perniagaan di lokasi selepas tamat perniagaan.
MPS akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan peraturan dipatuhi selain memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.
#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19