MENU
 
Operasi MPS Bersama PDRM Operasi MPS Bersama PDRM
Operasi MPS Bersama PDRM Operasi MPS Bersama PDRM
Operasi MPS Bersama PDRM Operasi MPS Bersama PDRM

RANGKUMAN OPERASI PEMANTAUAN PENGUATKUASA MPS DAN OPERASI PEMATUHAN SOP BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

MPS pada 1 September 2021, telah menjalankan operasi pemantauan penguatkuasaan dan operasi pematuhan SOP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi ini telah dijalankan di sekitar Kundang, Rawang, Gombak, Kepong dan Selayang melibatkan beberapa buah kilang, premis jualan, restoran dan penjaja di sekitar kawasan tersebut. 

Hasil operasi mendapati 5 buah kilang di sekitar kawasan pemantauan mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Walaubagaimanapun, untuk pemantauan penguatkuasaan oleh MPS, sebuah kedai runcit telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 di bawah Notis Pemberitahuan Kesalahan UUK 3 atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah manakala sebuah restoran di Taman Sri Gombak didenda RM 250 di bawah akta 133 kerana meletak halangan di kaki lima hingga menimbulkan kacau ganggu. 

Selain itu, hasil pemantauan di Jalan Wellman Rawang pula mendapati penjaja sayur sedang menjalankan perniagaan tanpa permit di atas petak parkir dan telah diarahkan agar menutup dan beredar dari lokasi tersebut serta merta. 

Di Kepong pula, seorang penjaja telah di beri Notis Tempoh 1 Hari untuk memberhentikan aktiviti menjual makanan ringan kerana didapati tidak mempunyai permit dan menggunakan tapak parkir hingga menimbulkan kacau ganggu. 

MPS sekali lagi ingin mengingatkan semua pengusaha kilang dan premis perniagaan untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan dan mendapatkan kebenaran lesen PBT terlebih dahulu sebelum menjalankan operasi. Pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19