MENU
 
Operasi Pematuhan Bersama Polis DiRaja Malaysia Operasi Pematuhan Bersama Polis DiRaja Malaysia
Operasi Pematuhan Bersama Polis DiRaja Malaysia Operasi Pematuhan Bersama Polis DiRaja Malaysia

MPS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan dalam Operasi Pematuhan PKP di beberapa buah  kilang sekitar Batu Caves dan Rawang pada 16 Ogos 2021.

Hasil operasi mendapati 5 buah kilang mematuhi SOP yang ditetapkan manakala sebuah kilang di Rawang di dapati tidak mempunyai lesen penyimpanan dan telah dikompaun di bawah Notis Pemberitahuan Kesalahan, UUK 3.

MPS sekali lagi ingin mengingatkan semua pengusaha kilang untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan dan mendapatkan kebenaran lesen PBT terlebih dahulu sebelum menjalankan operasi. Pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan.

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#selangorgempurcovid19