MENU
 
Bantuan Kepada Hospital Selayang Bantuan Kepada Hospital Selayang
Bantuan Kepada Hospital Selayang Bantuan Kepada Hospital Selayang

MPS pada hari ini telah membuat penghantaran 300 unit palet plastik dan 100 unit palam soket penyambung ke Hospital Selayang untuk kegunaan wad medan di hospital tersebut. Bantuan segera ini dibuat bagi membantu pihak Hospital Selayang yang kini telah ditukar sepenuhnya menjadi hospital Covid-19 bagi kawasan Lembah Klang.

Selain palet plastik, MPS sebelum ini juga telah membantu membekalkan tandas bergerak, khemah dan juga beberapa keperluan logistik yang lain untuk Hospital Selayang. Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban serta membantu pihak KKM dan barisan petugas hadapannya mengendalikan pesakit-pesakit  Covid-19 yang mendapat rawatan disitu.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#selangorgempurcovid19
#kitaselangor