MENU
 
Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram
Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram

Tuan YDP telah melakukan lawatan tapak pelupusan sampah haram di kawasan Lot Tanah di jalan pintas antara Jalan Batu Arang - Jalan Pinggiran Lembah Hijau 1 pada 2 Ogos 2021. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kebakaran yang berlaku semalam.

Tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan jentera dari MPS telah berjaya memadam kebakaran semalam.

MPS amat memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dengan aktiviti pelupusan sampah haram. Orang ramai juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti pelupusan sampah haram di kawasan masing-masing. 

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#selangorgempurcovid19
#kitaselangor