MENU
 
Kesalahan Membuang Sampah Kesalahan Membuang Sampah
Kesalahan Membuang Sampah Kesalahan Membuang Sampah
Kesalahan Membuang Sampah Kesalahan Membuang Sampah

MPS amat kesal apabila orang ramai masih tidak mematuhi larangan pembuangan sampah di rumah sampah yang dikhaskan untuk peniaga pasar di Pasar Taman Sri Gombak. Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan hanya dilakukan oleh penjaja dan juga pekedai yang bukan peniaga di pasar tersebut tetapi juga melibatkan individu yang membuang sampah domestik mereka. 

Untuk terus memastikan kejadian ini tidak berulang, pada 23 Julai 2021 yang lalu, MPS telah menyerahkan kompaun ke atas 7 lagi individu akibat kesalahan membuang sampah di rumah sampah Pasar Sri Gombak. Notis kompoun ini telah dihantar ke kediaman pesalah melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan di Aplikasi i-Sikap hasil pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tersebut. Pelaku-pelaku yang didapati melakukan kesalahan tersebut sepanjang bulan Mei dan Jun 2021 telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Seksyen 5, Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007.

Untuk makluman, hasil pemantauan CCTV yang dipasang di beberapa kawasan ‘panas’ sehingga Julai 2021 sebanyak 34 kompaun telah dikeluarkan akibat kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya di kawasan pentadbiran MPS.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kutipan sisa pepejal, orang ramai boleh melayari https://www.mps.gov.my/ms/perkhidmatan-pembersihan atau menghubungi pihak KDEB Waste Management di 03 – 6128 3364.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#lindungidirilindungisemua