MENU
 
Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 4 Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 4

Sekitar penyerahan bakul makanan Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif Majlis Perbandaran Selayang ini bertujuan untuk sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat yang terkesan tidak kira apa jua agama dan bangsa terutamanya ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Penyerahan bakul makanan ini telah disampaikan oleh Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Pemangku YDP MPS bersama Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS di beberapa kediaman kawasan Zon Ahli Majlis pada hari ini.

Antara kawasan Ahli Majlis yang terlibat dan turut sama melaksanakan program ini ialah Tuan Amir Fazlee  bin Khalid, Ahli Majlis Zon  6, Tuan Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Ahli Majlis Zon 11, Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12, Tuan Ahmad Farizal bin Manaff, Ahli Majlis Zon 1,  YAD Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato Haji Wan Mahmood bin Pawan Teh, Ahli Majlis Zon 2 dan Tuan Ahmad Usamah bin Zulkifli, Ahli Majlis Zon 3.

Terima kasih kepada Ahli - Ahli Majlis yang terlibat, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS dan Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS yang membantu melaksanakan program ini dan seterusnya membuat edaran kepada masyarakat setempat melibatkan 36 buah keluarga. 

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak GOGO Mart yang turut sudi memberi sumbangan 10 kotak barangan asas untuk diedarkan pada program ini.

"Bukit Sama Didaki,Lurah Sama Dituruni".

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#Kitajagakita
#lindungidirilindungikeluarga
#kitaselangor
#selangorgempurcovid19