MENU
 
Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3 Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3
Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3 Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3
Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3 Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS 3

Pemangku Yang Dipertua MPS hari ini telah menyampaikan sumbangan sebanyak 21 pek barang keperluan asas kepada para pelajar Kolej Komuniti Selayang yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Bantuan pek barang keperluan asas ini turut diedarkan kepada penduduk yang memerlukan di Bukit Lagong dan juga Bukit Idaman melibatkan 5 buah pangsapuri iaitu Pangsapuri Merak, Pangsapuri Nuri, Pangsapuri Bangau, Pangsapuri Enggang dan Pangsapuri Selayang Prima.

Terima kasih diucapkan kepada Touchstone Development Sdn Bhd yang telah menyumbangkan 100 pek barang keperluan asas ini untuk Program Bantuan Covid-19 Selayangku Sayang MPS. MPS berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan tidak kira apa jua agama dan bangsa terutamanya ketika menghadapi pandemik Covid-19.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#kitaselangor
#lindungidirilindungikeluarga