MENU
 
LAWATAN TAPAK PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG  SIRI KE-2

LAWATAN TAPAK PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG SIRI KE-2

14 Ogos 2025 | Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan selaku Urusetia Pelan Strategik Pengurusan dan Pemerkasaan Penjaja Kecil MPS 2026–2030 telah melaksanakan Lawatan Tapak Penanda Kawasan Penempatan Penjaja Siri ke-2 pada 14 Ogos 2025 melibatkan sembilan lokasi strategik di sekitar Bandar Tasik Puteri, Saujana Rawang, Country Homes, Pekan Rawang dan kawasan sekitarnya.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Az’har Bin Samsuri Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama wakil-wakil daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perundangan, Jabatan Teknologi Maklumat serta Ahli Majlis Zon 18, Puan Loo Voon May.

Tujuan utama tinjauan ini adalah bagi mengenal pasti potensi kawasan penempatan penjaja yang lebih teratur, strategik dan mesra pengunjung. Menerusi tinjauan ini juga diharapkan setiap tapak yang dibangunkan akan menawarkan kemudahan yang selesa, selamat dan menarik, selaras dengan usaha memperkasakan Penyediaan Pelan Strategik penjaja kecil ini.

Antara lokasi yang dilawati termasuk tapak Gerbang Malam di Pusat Bandar Country Homes, yang akan menjadi contoh terbaik penempatan penjaja dengan imej bersih, tersusun dan berdaya tarikan, sejajar dengan inisiatif Program Zon Bersih MPS.

Usaha ini diharap dapat mewujudkan ruang niaga yang lebih kondusif serta akan memberi manfaat kepada penjaja dan masyarakat, di samping memperkukuh identiti kawasan sebagai destinasi tumpuan pengunjung.

Event Date: 
Khamis, 14 Ogos 2025 - 1:00pm