Perbandaran Selayang Indah Sejahtera Penduduknya Berbilang Bangsa Demi Kesejahteraan Semua Seiring Wawasan Negara. Bangunan MPS Tersergam Megah Pembangunannya Tersusun Indah Tiada Dilupa Tempat Riadah Selayangku Semuanya Mudah. Korus I: Bertuah Sungguh Bandar Selayang Penduduknya Yang Penyayang Bersama MPS Kita Jayakan Menuju Wawasan Negara. Korus II: Maju Progresif Dan Sejahtera Seiring Selayangku Sayang Memangkin Pembangunan Negara Membentuk Hidup Lebih Selesa. MPS Menjamin Masa Depan Dengan Pembangunan Yang Mampan Majulah MPS Ke Hadapan Menyahut Seruan Kerajaan. ( Ulang Korus I )