Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt kerana di atas limpah kurnia dan izinNya untuk kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MPS ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke laman web rasmi Majlis Perbandaran Selayang. Sesungguhnya Kesudian anda melayari laman web ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap agar segala maklumat yang disediakan akan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua.
YBhg Dato' ZAINAL ABIDIN BIN AZIM YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG